Apa Yang Susah Sangat? Gosok Je, Nanti

Apa yang susah sangat? Gosok je, nanti bersihlah dia. Cam senang je kan!?
Tapi bila jrragat bertabur kat muka, jrrawat tumbuh bagai dibaja, kulit lebam takde serinya.. time tu la baru kita nak cari kuputeh, kubiru, kauhijau bagai.
Tak kiralah apapun jenis pencuci muka yang kita guna, jom kita gunakan dengan cara yang betul.
1. Basuh tangan dan basahkan muka dengan air SUAM (supaya kulit kita ready utk next step)
2. Buihkan sabun/pencuci di tangan, sapu dan urut ke muka & leher dengan urutan naik ke atas. Buat urutan membulat ke luar untuk area dahi
3. Ingat! Guna BUIH sahaja untuk bersihkan muka. Bukan tonyoh sabunnya ye. Sebab.. khasiat dan bahan aktif yang keluar menjadi buih tu lebih senang diserap oleh kulit.
4. 2 MINIT je cukup. Jangan lebih-lebih pulak (nanti kembang sangat macam maggi.. hahaha) Sebenarnya kulit jadi kering dan boleh menggelupas kalau kita over-do-it. Bilas dengan air SUAM.
5. Kenapa air suam? Sebab air suam menenang kulit, boleh mengelak radang dan tidak mengubah pH kulit.
6. Lap dengan tuala bersih dan sapu toner yang bersesuaian.
Pastu tepeklah apa pun make-up yang kita nak pakai. Tepek sampai kita rasa cantik. Tapi sebelum tido, jangan lupa cuci balik muka tu. Ikut step dan petua tadi.
Selamat mencuci muka!